Kecil tak bererti kosong. Besar tak bererti berisi.

Saya baru sahaja pulang dari Uptown Shah Alam bersama adik saya & sepupu. Hanya berjalan-jalan sambil melihat pakaian-pakaian baharu yang sudah update dan fesyen terkini. Manalah tahu ada yang tersangkut dengan terus membeli bagi koleksi terbaru.


Sambil meronda-ronda, saya terfikir untuk membeli barangan hiasan kereta MyVi seperti sarung kotak tisu dan sebagainya. Mungkin ada yang cantik serta murah untuk dibeli. Dibahagian tengah pasar Uptown tersebut terdapat sebuah kedai menjual patung dan alat-alat hiasan kereta. Kemudian datang seorang kanak-kanak dan menegur saya untuk memberikan bantuan. 


"Iye abang, yang itu RM 28.00 sahaja dan yang itu pula RM 25.00. Boleh kurang lagi. Kalau abang mahu satu set saya kena tanya bos besar dulu"


"Umm.. adik yang jual ke? Bos besar mana?"
"Bos besar ada kat kedai sebelah. Kat sana"
"Adik umur berapa tahun. Tolong mama ye? Pandai adik menjual"
"10 tahun. A'ah tolong mama. Dah biasa dah pun"
"Oke. Abang pusing-pusing dulu ye. Nama adik ape?"
"Syafiqah"


Kami terus berlalu. Dalam hati dan fikiran asyik terfikirkan adik Syafiqah sebentar tadi. Lembut bahasa yang digunakan dan pandai mengambil hati pelanggan. (Terpengaruh untuk membeli. Hahaha~). Dah habis pusing satu Uptown dan saya kembali ke kedai Syafiqah. Dari jauh melihat Syafiqah sedang membaca surat khabar. Pandai ke dia membaca?


"Hye Syafiqah, tempat rehat kepala tadi kat mana ya?"
"Itu. Atau abang mahu yang lain ada dibelakang. Yang ini sama harganya dan yang ini lebih garang kartun nya"
"Memang semuanya warna merah dan hitam ya?"
"A'ah. Tapi ada lagi cantik. Abang tengok yang ini ada patungnya sekali. Ramai orang ambil yang ini. Syafiqah suka yang ini dan tinggal satu sahaja. Kalau habis dah tak ada dah"
"Oh, yang sarung kotak tisu kat mana?"
"Sekejap ye. Semuanya RM45.00"
"Cuba tanya mama dulu. Mana tahu dapat RM40.00 ke"
"Betul abang RM45.00. Lagi RM5.00 untuk Syafiqah beli air"


Kemudian saya membayar harga yang dimaksudkan dan berlalu. Sambil melangkah saya merasa kagum dengan keinginan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh adik Syafiqah untuk membantu mama nya. Saya kagum kerana kecil tak beerti kosong, besar tak beerti berisi.


Salam hormat ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS