Kecil tak bererti kosong. Besar tak bererti berisi.

Saya baru sahaja pulang dari Uptown Shah Alam bersama adik saya & sepupu. Hanya berjalan-jalan sambil melihat pakaian-pakaian baharu yang sudah update dan fesyen terkini. Manalah tahu ada yang tersangkut dengan terus membeli bagi koleksi terbaru.


Sambil meronda-ronda, saya terfikir untuk membeli barangan hiasan kereta MyVi seperti sarung kotak tisu dan sebagainya. Mungkin ada yang cantik serta murah untuk dibeli. Dibahagian tengah pasar Uptown tersebut terdapat sebuah kedai menjual patung dan alat-alat hiasan kereta. Kemudian datang seorang kanak-kanak dan menegur saya untuk memberikan bantuan. 


"Iye abang, yang itu RM 28.00 sahaja dan yang itu pula RM 25.00. Boleh kurang lagi. Kalau abang mahu satu set saya kena tanya bos besar dulu"


"Umm.. adik yang jual ke? Bos besar mana?"
"Bos besar ada kat kedai sebelah. Kat sana"
"Adik umur berapa tahun. Tolong mama ye? Pandai adik menjual"
"10 tahun. A'ah tolong mama. Dah biasa dah pun"
"Oke. Abang pusing-pusing dulu ye. Nama adik ape?"
"Syafiqah"


Kami terus berlalu. Dalam hati dan fikiran asyik terfikirkan adik Syafiqah sebentar tadi. Lembut bahasa yang digunakan dan pandai mengambil hati pelanggan. (Terpengaruh untuk membeli. Hahaha~). Dah habis pusing satu Uptown dan saya kembali ke kedai Syafiqah. Dari jauh melihat Syafiqah sedang membaca surat khabar. Pandai ke dia membaca?


"Hye Syafiqah, tempat rehat kepala tadi kat mana ya?"
"Itu. Atau abang mahu yang lain ada dibelakang. Yang ini sama harganya dan yang ini lebih garang kartun nya"
"Memang semuanya warna merah dan hitam ya?"
"A'ah. Tapi ada lagi cantik. Abang tengok yang ini ada patungnya sekali. Ramai orang ambil yang ini. Syafiqah suka yang ini dan tinggal satu sahaja. Kalau habis dah tak ada dah"
"Oh, yang sarung kotak tisu kat mana?"
"Sekejap ye. Semuanya RM45.00"
"Cuba tanya mama dulu. Mana tahu dapat RM40.00 ke"
"Betul abang RM45.00. Lagi RM5.00 untuk Syafiqah beli air"


Kemudian saya membayar harga yang dimaksudkan dan berlalu. Sambil melangkah saya merasa kagum dengan keinginan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh adik Syafiqah untuk membantu mama nya. Saya kagum kerana kecil tak beerti kosong, besar tak beerti berisi.


Salam hormat ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Melbourne! Here i go ~


I have waited so long in my life to obtain this opportunity. Leadership visit to foreign country and the destination would be Australia. OMG I am so excited and thrilled.

Doink Doink Doink like a Kangaroo

Just feel jumpin around the Melbourne Botanical Garden to the Russell House, the oldest resident in Melbourne. Capturing the sweet moment with Alister's Clark Rose. Oooowwhhh so good!

Window shopping at Greville Street, Prahran and Chapel Street and view the most amazing Melbourne city! Gosh I can't wait for tomorrow. See you at KLIA at 9.00 pm. Melbourne here I come ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Bila pintu taubat terbuka

Ambang Ramadhan menyaksikan kehidupan warga kampus Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang menyambutnya dengan penuh kesyukuran. Kehadiran bulan mulia ini sentiasa dinantikan oleh segenap lapisan umat islam di seluruh dunia pada setiap tahun. Hal ini kerana, bulan ini mengajar kita menjadi lebih berdisiplin dan sentiasa menjadi hamba yang taat. Walaupun pada lazimnya, bulan ramadhan disambut oleh umat islam namun di UMT ia juga dikongsi bersama penganut agama lain yang turut serta berpuasa bagi merasai sendiri suasana bulan ramadhan.

Persiapan menyambut aidilfitri juga telah mula dirasai dimana pelajar-pelajar telah mula membeli tiket pulang berhari raya di kampung halaman masing-masing. Diharap suasana syawal yang ditunggu akan diwarnai dengan sejuta keinsafan dan kesyukuran. Bagi mereka yang merayakannya di rantauan, diharap agar pengalaman ini merupakan kenangan yang terindah buat anda semua.

Bulan Ogos merupakan bulan keramat yang menjadi sejarah warganegara Malaysia kerana bulan tersebut adalah bulan kemerdekaan. Ogos 2009 melakar sejarah 52 tahun kemerdekaan Malaysia dimana negara kita telah mencapai pelbagai kejayaan yang membanggakan. Walaupan sambutan bulan kemerdekaan pada tahun ini disambut secara sederhana, namun apa yang penting adalah intipati penghayatan erti kemerdekaan merupakan tunjang utama dalam proses mengekalkan kemerdekaan.

Justeru, warga UMT perlulah berikrar dengan rukun negara, menghormati perlembagaan negara, mengamalkan budaya rumpun pelbagai bangsa dan mencerminkan wajah 1 Malaysia. Selamat menyambut bulan ramadhan, bulan kemerdekaan dan bulan syawal.

Salam hormat ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Sample Preparation yang memenatkan!



Title: Preparation Starch Ammonium Nitrate SPE
Uhh.. sangat bengang ngan sample prep stage.. until now my sample still takde progress.. ntah la kenapa sayik tak jadi... sangat membencikan! susah nye nak buat sample gune starch nieyh.. mule2 je jadi.. then 2nd n so on dah tak jadi dah... benci benci benci ~


 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

From KL to KT


Cuaca dingin sekarang menggamitkan lagi suasana macam ni memang takkan dilepaskan untuk bergambar. Melihat negeri orang memang best. banyak pengalaman baru dapat dirasakan dan dipelajari. Syoik habes dok kat sini..dats y tak lepaskan peluang tuk amek pic n strike a pose! Gosh.. mad pulak amek gambar sengat..adoyai ~

 "Its not what happens to you that determine how far you can go in file; but what you do to what happens to you ~ Zig Ziglar"

Saya suke baca buku tulisan Zig Ziglar yang bertajuk "You can reach the top". Sangat memberi inspirasi untuk teruskan berusaha dan membuatkan saya lebih berani dalam kehidupan. Di sini saya dapat saksikan banyak ragam manusia. pelik tapi benar.. macam dunia ni kecil sangat nak dibandingkan dengan ape yang kita fikirkan.. Rupa2nya masih banyak lagi yang harus saya pelajari dalam mengurus hidup ni. Maklum lah nyawa hanya sekali je dapat.


Ada orang kata dalam hidup ini kita kena ikut resmi padi semakin bersii semakin tunduk. Betul! saya setuju. tapi untuk mengaplikasikanya dalam kehidupan sebernar sangat susah. Kita tidak tahu ada masanya orang terasa jelek dengan sikap kita. sebab kita tak mampu memuaskan hati semua orang dan kita manusia yang tidak sempurna.

" Maintaining the right attitude
is easier rahter than
to gain right attitude "

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Tinggal Kenangan - Saleem

Tajuk Lagu/Lirik: Tinggal Kenangan
Artis/Penyanyi: Saleem
Pernah ada rasa cinta
Antara kita kini tinggal kenangan
Inginku lupakan semua tentang dirimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu
Oh bintangku



Jauh kau pergi meninggalkan diriku
Di sini aku merindukan dirimu.. oh
Kini ku coba mencari penggantimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu
Oh kekasih…



Pernah ada rasa cinta
Antara kita kini tinggal kenangan

 "This song memang sangat menepati situasi diriku sekarang"
 Umm.. mengingatkan saya tentang Februari 2009 ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Aidiladha bagiku suram

Umm.. today 27 November 2009 merupakan hari pertama sambutan Hari Raya Aidiladha. Tahu nieyh sambut di Shah Alam. Suasana perayaan kat sini tak terasa sangat even semalam pun tido lambat sebab tak rase ade pape berlaku. Umm. may be rase nye jiwa nieyh kosong dengan apa-apa rasa. Huish @_@    Pape pun... selamat hari raya aidiladha fwens ~



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Facebook: Keperluan atau fenomena?

Kebanyakan individu mempunyai halaman peribadi masing-masing tidak kira melalui Friendster, Tagged, Myspace mahupun Facebook. Terdapat individu yang menggunakan laman web peribadi dan blog bagi berkongsi maklumat dan bagi urusan masing-masing. Bagi saya, facebook merupakan keperluan bagi berhubung dengan rakan-rakan terutamanya yang berjauhan seperti rakan yang menuntut di luar negara. Medium Facebook dan laman sosial lain dilihat secara positif untuk mengeratkan silaturahim disamping memenuhi masa terluang kita.





Justeru, marilah kita menggunakan laman sosial untuk memudahkan urusan peribad masing-masing. Add saya di facebook


Salam hormat ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Hampir 800 orang memeriahkan Majlis Makan Malam & Anugerah Kepimpinan Pelajar

Seramai hampir 800 orang pemimpin pelajar beserta tetamu kehormat telah memeriahkan Maklis Makan Malam & Anugerah kepimpinan Pelajar yang julung kalinya diadakan di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu. Majlis yang penuh gemilang ini bertujuan untuk menghargai sebanyak 74 buah kelab yang bergiat aktif dalam membantu Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Malaysia Terengganu dalam melaksanakan program pembangunan pelajar. 



Program ini dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal pelajar dan Alumni dan Pusat Teknologi Maklumat. Sebanyak 16 anugerah telah diberikan iaitu:

  1. Anugerah Kelab Bitara
  2. Anugerah Kepimpinan Perdana
  3. Anugerah Khas Juri
  4. Anugerah Bintang Harapan (L)
  5. Anugerah Bintang Harapan (P)
  6. Anugerah Jasa Kelab (Penasihat)
  7. Anugerah Timbalan Presiden Terbaik
  8. Anugerah Setiausaha Terbaik
  9. Anugerah Bendahari Terbaik
  10. Anugerah Exco Terbaik
  11. Anugerah Program Terbaik (Akademik)
  12. Anugerah Program Terbaik (Bukan Akademik)
  13. Anugerah Kelab Terbaik (Kebudayaan)
  14. Anugerah Kelab Terbaik (Akademik)
  15. Anugerah Kelab Terbaik (Sukan & Badan Beruniform)
  16. Anugerah Kelab Terbaik (Sosial & Eksekutif)


Pihak Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2008/ 2009 mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Sekalung penghargaan kepada Jawatankuasa Pelaksana dan semua krew yang terlibat. 





Salam hormat ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Manfaat cuti semester dengan lebih bermakna

Bicara Pengarang Samudera Edisi 9


Sesi Julai 2008/ 2009 baru sahaja melabuhkan tirainya dan masa yang telah berlalu terasa terlalu sekejap dan singkat. Apa yang pasti rakan-rakan pelajar tahun pertama telah pun menduduki peperiksaan pertama di universiti ini. Segala persediaan yang dilakukan telah menguji daya ketahanan mental dan fizikal pelajar-pelajar semasa menempuhi musim peperiksaan manakala hasilnya bakal kita tuai seawal semester hadapan. Cuti semester yang sentiasa dinanti-nantikan oleh pelajar tahun pertama diharap dapat diisi dengan pelbagai aktiviti menarik dan berfaedah. Namun, bagi pelajar tahun akhir pula peluang cuti semester ini amatlah berharga bagi kita semua bagi menyiapkan projek tahun akhir masing-masing. Hal ini kerana, masa lapang yang ada merupakan masa yang sesuai untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap pencapaian projek serta menjadikan kita lebih praktikal dalam menjalankan kajian penyelidkan dan pembangunan. Bagi pihak Jawatankuasa Media, Majlis Perwakilan Pelajar, kami mengharapkan agar rakan-rakan sekalian sentiasa berada dalam keadaan selamat dan gembira bersama keluarga tercinta serta mendoakan agar pelajar-pelajar tahun akhir sentiasa berusaha dalam meningkatkan kualiti penyelidikan masing-masing. 


Salam hormat~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Jum ke Melbourne, Australia












Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Malaysia Terengganu akan mengadakan satu lawatan kepimpinan ke Melbourne, Australia. Seramai 13 pemimpin pelajar akan menyertai lawatan ini diiringi 2 orang pegawai. Lawatan ini adalah selama 5 hari bermula 29 November sehingga 4 Disember 2009 dan dijadualkan berlepas di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) pada 29 November jam 9.00 malam. Ikuti pengalaman khas bersama saya disana dan berkongsi cerita tentang pengalaman anda di negara orang.


"Pengalaman adalah guru terbaik dalam kehidupan kita". Bagi saya dalam mempelajar bab kehidupan dalam mengurus kehidupan seharian setiap manusia diberikan peluang untuk belajar dan menilai kehidupan dan persekitaran masing-masing. Justeru, saya berharap agar peluang melawat negara asing akan menambah pengalaman saya dan memberi satu ruang untuk terus menyumbang kepada UMT. Adakalanya kita tidak memerlukan apa-apa untuk menyumbang kepada sesiapa.


Salam hormat~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS