Ambang Ramadhan menyaksikan kehidupan warga kampus Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang menyambutnya dengan penuh kesyukuran. Kehadiran bulan mulia ini sentiasa dinantikan oleh segenap lapisan umat islam di seluruh dunia pada setiap tahun. Hal ini kerana, bulan ini mengajar kita menjadi lebih berdisiplin dan sentiasa menjadi hamba yang taat. Walaupun pada lazimnya, bulan ramadhan disambut oleh umat islam namun di UMT ia juga dikongsi bersama penganut agama lain yang turut serta berpuasa bagi merasai sendiri suasana bulan ramadhan.
Persiapan menyambut aidilfitri juga telah mula dirasai dimana pelajar-pelajar telah mula membeli tiket pulang berhari raya di kampung halaman masing-masing. Diharap suasana syawal yang ditunggu akan diwarnai dengan sejuta keinsafan dan kesyukuran. Bagi mereka yang merayakannya di rantauan, diharap agar pengalaman ini merupakan kenangan yang terindah buat anda semua.
Bulan Ogos merupakan bulan keramat yang menjadi sejarah warganegara Malaysia kerana bulan tersebut adalah bulan kemerdekaan. Ogos 2009 melakar sejarah 52 tahun kemerdekaan Malaysia dimana negara kita telah mencapai pelbagai kejayaan yang membanggakan. Walaupan sambutan bulan kemerdekaan pada tahun ini disambut secara sederhana, namun apa yang penting adalah intipati penghayatan erti kemerdekaan merupakan tunjang utama dalam proses mengekalkan kemerdekaan.
Justeru, warga UMT perlulah berikrar dengan rukun negara, menghormati perlembagaan negara, mengamalkan budaya rumpun pelbagai bangsa dan mencerminkan wajah 1 Malaysia. Selamat menyambut bulan ramadhan, bulan kemerdekaan dan bulan syawal.
Salam hormat ~