Manfaat cuti semester dengan lebih bermakna

Bicara Pengarang Samudera Edisi 9


Sesi Julai 2008/ 2009 baru sahaja melabuhkan tirainya dan masa yang telah berlalu terasa terlalu sekejap dan singkat. Apa yang pasti rakan-rakan pelajar tahun pertama telah pun menduduki peperiksaan pertama di universiti ini. Segala persediaan yang dilakukan telah menguji daya ketahanan mental dan fizikal pelajar-pelajar semasa menempuhi musim peperiksaan manakala hasilnya bakal kita tuai seawal semester hadapan. Cuti semester yang sentiasa dinanti-nantikan oleh pelajar tahun pertama diharap dapat diisi dengan pelbagai aktiviti menarik dan berfaedah. Namun, bagi pelajar tahun akhir pula peluang cuti semester ini amatlah berharga bagi kita semua bagi menyiapkan projek tahun akhir masing-masing. Hal ini kerana, masa lapang yang ada merupakan masa yang sesuai untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap pencapaian projek serta menjadikan kita lebih praktikal dalam menjalankan kajian penyelidkan dan pembangunan. Bagi pihak Jawatankuasa Media, Majlis Perwakilan Pelajar, kami mengharapkan agar rakan-rakan sekalian sentiasa berada dalam keadaan selamat dan gembira bersama keluarga tercinta serta mendoakan agar pelajar-pelajar tahun akhir sentiasa berusaha dalam meningkatkan kualiti penyelidikan masing-masing. 


Salam hormat~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Manfaat cuti semester dengan lebih bermakna"

Post a Comment