Jum ke Melbourne, Australia
Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Malaysia Terengganu akan mengadakan satu lawatan kepimpinan ke Melbourne, Australia. Seramai 13 pemimpin pelajar akan menyertai lawatan ini diiringi 2 orang pegawai. Lawatan ini adalah selama 5 hari bermula 29 November sehingga 4 Disember 2009 dan dijadualkan berlepas di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) pada 29 November jam 9.00 malam. Ikuti pengalaman khas bersama saya disana dan berkongsi cerita tentang pengalaman anda di negara orang.
"Pengalaman adalah guru terbaik dalam kehidupan kita". Bagi saya dalam mempelajar bab kehidupan dalam mengurus kehidupan seharian setiap manusia diberikan peluang untuk belajar dan menilai kehidupan dan persekitaran masing-masing. Justeru, saya berharap agar peluang melawat negara asing akan menambah pengalaman saya dan memberi satu ruang untuk terus menyumbang kepada UMT. Adakalanya kita tidak memerlukan apa-apa untuk menyumbang kepada sesiapa.
Salam hormat~








0 Response to "Jum ke Melbourne, Australia"
Post a Comment