Hampir 800 orang memeriahkan Majlis Makan Malam & Anugerah Kepimpinan Pelajar

Seramai hampir 800 orang pemimpin pelajar beserta tetamu kehormat telah memeriahkan Maklis Makan Malam & Anugerah kepimpinan Pelajar yang julung kalinya diadakan di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu. Majlis yang penuh gemilang ini bertujuan untuk menghargai sebanyak 74 buah kelab yang bergiat aktif dalam membantu Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Malaysia Terengganu dalam melaksanakan program pembangunan pelajar. 



Program ini dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal pelajar dan Alumni dan Pusat Teknologi Maklumat. Sebanyak 16 anugerah telah diberikan iaitu:

  1. Anugerah Kelab Bitara
  2. Anugerah Kepimpinan Perdana
  3. Anugerah Khas Juri
  4. Anugerah Bintang Harapan (L)
  5. Anugerah Bintang Harapan (P)
  6. Anugerah Jasa Kelab (Penasihat)
  7. Anugerah Timbalan Presiden Terbaik
  8. Anugerah Setiausaha Terbaik
  9. Anugerah Bendahari Terbaik
  10. Anugerah Exco Terbaik
  11. Anugerah Program Terbaik (Akademik)
  12. Anugerah Program Terbaik (Bukan Akademik)
  13. Anugerah Kelab Terbaik (Kebudayaan)
  14. Anugerah Kelab Terbaik (Akademik)
  15. Anugerah Kelab Terbaik (Sukan & Badan Beruniform)
  16. Anugerah Kelab Terbaik (Sosial & Eksekutif)


Pihak Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2008/ 2009 mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Sekalung penghargaan kepada Jawatankuasa Pelaksana dan semua krew yang terlibat. 





Salam hormat ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Hampir 800 orang memeriahkan Majlis Makan Malam & Anugerah Kepimpinan Pelajar"

Post a Comment